Thursday, August 26, 2010

Exam::Balik Kampung::Raya


Next week ada exam JPA...aaaaaaa.....malas baca buku! Lg2 la kalo terpaksa baca fakta yg panjang berjela.


Fakta saya:
• saya x suka baca fakta
• sbb nanti saya tido ketika membaca.
• mata saya alergik pd tulisan yg panjang.
• saya suka mengira
• kalau tidak, sudah lama saya jadi doktor pakar jantung tersohor dan ter cun di Malaysia. *Cita2 saya dahulu*

*sigh*..(potong mood raya betul lah). Dahlah status kami berempat (geng ILP Miri), pun belum dpt dipastikan samada kena buat exam di Kuching, atau The Mines. huhu.
Hari ni harap2 abg Marzi, err...Encik Marzi JPA tu bg feedback psl permohonan kami untuk tukar pusat exam tu. tp kalo x dpt tukar pun i redha ajer..bolehlah kami merdeka di Kuching..ngeee~
(cuma bila difikir2 blk mcm x berbaloi la..hv to fly there just for a three-hours-exam? x berbaloi2)


Ah..lupakanlah psl exam tuh..yg penting aku x sabaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar blk kampung!!!!
Tinggal lg 1x Khamis sebelum aku blk kg beraya..tgh membayangkan situasi 8Sept nanti..OMG, sgt2 x sabar! 7Sept ptg lps keja aku akan meninggalkan Selandar secepat mungkin, terus ke LCCT, tunggu adikku, Adie, di sana..dia akan sampai d LCCT pukul 12 tgh mlm dr Penang...memandangkan flight ke Labuan adalah pd pukul 7.35 pg keesokkan harinya, most probably kami terpaksa stay at the LCCT..Oh tidak !!! dan aku jua tgh membayangkan yg aku mungkin x mandi untuk 28jam. huhu..(should find a way!)
Semalam call mama, dia jwb dgn bunyi tercungap2..rupanya tgh bersihkan bilik anak2 perempuan nya..haha..TQ2 ma..Your girls are comingggggggggg.....!!!!

Apapun, aku dah plan apa aku mo buat nanti..yang pasti, aku dah pesan pada mama to make the oven available during our presence nanti...he he he..

*Oh encik masa, cepatlah kamu bergerak! ;p *

Thursday, August 19, 2010

From Nina's desk (It's worth sharing)



I'd like to quote something on Chedet's blog (Tun Dr. Mahathir) pertaining the entry entitled GORE, WOLFOWITZ AND ANWAR (A blog that I used to read right after sahur). Err, I am not going to talk about the political issue for I'm not the one, nor eligible person, to be in their league. Just being an audience of the game, yet, still part of it & have the absolute rights to evaluate things in the sense of human judgmental. What intrigued me more is a comment made by one of the blog visitors. Maybe this post is a bit longer and pretty dull than ever written, but I tell u, it's worth-reading. Selamat membaca =)




"Inilah Artikel Dr. Stephen Carr Leon

Mengapa Yahudi Bijak?
(Based on true story by Dr. Stephen Carr Leon
CALIFORNIA)


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini juga dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Malaysia dan Indonesia, jika anda ke Jakarta atau Kuala Lumpur, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke museum, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!".
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Terjemahan dari ringkasan thesis oleh; Dr. Stephen Carr Leon, CALIFORNIA"



Nina's quote:

See...?! how they raise their children to build a great generation. It's as simple as that. Learning process has been started as early as lineage still in the mothers' womb, in Jews upbringing practice. How particular they are.
Secondly,
I'd also like to bring peoples' attention on the issues brought up by another commentator of Tun's blog. What Jews actually is all about. The comment has somehow rectified what I've understand about that particular faction (merely based on my ignorant thought), as well as how I look and judge them all this while, from my point of view. Tidak semua yang berkaitan dgn YAHUDI itu BURUK dan JAHAT. Ada benda yang boleh dan patut kita contohi. And most of the things that our people love most these days apparently have plenty of hanky-panky matters on the other hand. (the epitome of people craze on Jews item nowadays: STARBUCKS). Am not saying that I didn't consume STARBUCKS or any sort of Jews-related stuff at all. (Oh yess, for I'm a coffee-lover huh..hehehe.. ;p ). Well, I'm not that particular. Just for sharing intention ok, not to pin-point anyone. Lgpun org kata, sharing is caring...bukan begitu? ;p


"Tun.
I still interested to comment on Jews issues.What say you? Saya berkesempatan menulisnya seperti berikut:

Saudara-saudara sekalian,

Malam tadi aku terjaga dari tidur walaupun jam didinding menunjukkan masih pukul 3.00 pagi. Fikiran tiba-tiba melayang, teringat akan satu artikal yang di baca dalam internet sebelum tidur. Artikal oleh Dr. Stephen Carr Leon dari Universiti CALIFORNIA mengenai cara hidup orang Yahudi. Satu umat yang istimewa dan Berjaya di muka bumi ini..
Dikalangan umat Islam pada hari ini Yahudi adalah satu bangsa yang amat dibenci kerana bangsa ini dianggap begitu angkuh dan kejam terhadap umat Islam. Membunuh dan menganiaya tanpa sebab dan tanpa belas kasihan. Sehingga mewujudkan satu bentuk permusuhan yang tidak akan ada kesudahannya. Sedangkan Agama Yahudi dan Islam adalah dua agama yang paling hampir akidahnya. Malahan Islam juga mewajibkan penganutnya mempercayaai rasul-rasul keturunan Yahudi seperti Nabi Ibrahim, Ishak, Yaakob, Musa dan Isa Alaihisalam serta kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka seperti Taurat, Zabur dan Injil.
Apa yang menyebabkan permusuhan antara umat Islam dan kaum Yahudi bukanlah oleh hal-hal yang berkaitan dengan agama tetapi adalah kerana perebutan wilayah. Ia itu perebutan bumi Palastine. Dilkalangan umat Yahudi, Palastin adalah milik mereka kerana inilah bumi yang telah dijanjikan oleh Allah untuk mereka melalui nabi Musa Alaihisalam apabila keturunan mereka diusir dari bumi Mesir semasa pemerintahan Firaun.
Baca selanjutnya "


Wa'akhir Kalam...

Yg baik itu dtg dr Allah, yg buruk itu dtg drpd kelemahan kita sendiri, sbg manusia biasa.

Dan yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. Sama2 kita renungkan.


Wednesday, August 18, 2010

Apa laaaa....



#1: Math

Smalam, seorang student Sem 1 bernama Mazura dtg jumpa Kak Leen, tanya soalan math. Kak Leen x dpt jwb soalan tu. Bukan x dpt jwb, tp soalan itu agak mengelirukan. Dlm masa yg sama, "btol ke soalan ni?ke ada typo?"..lalu dia pun panggil acik, hosmetku di Selandar ini. "Bos, tlg jwb soalan ni bos. kite tanye pakar matematik plak eh (kata Kak Leen pd Mazura)". Acik pon baca soalan dan cuba jwb. Beberapa ketika slps itu, mereka (Kak Leen n Acik) panggil aku plak. "Nina cuba jwb soalan ni. Kita suruh pakar matematik ni plak jwb". (pakar la sgt..cett). aku semangat amek kertas dan calculator. Soalannya berbunyi..(lbh krg gini la bunyi nya)

"Seorang makcik telah membeli ikan dan sayur daripada Fatimah. Dia membayar RM15.50 untuk kesemua ikan dan sayur yang telah dibelinya itu. Jika harga ikan lebih Rm10 daripada sayur, berapakah harga sebenar ikan?"

Belum sempat aku conteng apa2 kt kertas tu dan menekan calculator, aku kembali kpd mereka, "apsal pelik soalan ni?"

Lalu PAKAR2 math ini pun bg jwpn seperti berikut:


Aku: Duit makcik itu x cukup, maka dia telah berhutang dgn Fatimah. Oleh kerana dia berhutang, dia kena tlg Fatimah berniaga pd hari itu sehingga hutangnya langsai.

Acik: Persoalannya, pd hari apakah makcik itu beli sayur dan ikan? (Ya Allah...xda kaitan langsung)

Kak Leen: Soalan ni ada typo kot..

Kami pun bersurai. Lps kerja, kami tanya En Zul si pembuat soalan Math td, btolke soalan No. 4 tu? Encik Zul: Eh btol lah..tu soalan final tahun lps tau..ada penyelesaiannya tu.

Blk ke rumah, aku dan acik masing2 pikir blk. Dan kami pun jumpa penyelasaiannya. Ya Allah, napa laa x terpikir td. Simple gila. Dah la bg jwpn yg bukan2 pd student. Wahahahahah...(terngiang2 lg kami bg jwpn tu, dan student tu pun terkulat2). Adoii..

Maka, kami pun sepakat, pg ni kami mesti panggil c Mazura tu blk, untuk bg penyelesaian sebenar dan membetulkan apa yg x betul...hahahaha...

Kesimpulannya: Gunakanlah otak kita sebaik mungkin, sblm bg jwpn yg bukan2.. ;p
Dan jgn tunjuk sengal dpn student.



#2: Iwan my lil bro..

Smlm call mama. Lps ckp dgn mama, ingat mo ckp ngn iwan, adikku yg baru darjah3. Mama ckp Iwan sdh tdo. Dia penat, hari ni puasa sehari, pas blk skolah agama, bleh main lari2 lg ngn kwn2. Aku tanyala mama, stakat ni dia puasa full ka? mama ckp, x full. Ada 3x dia puasa stgh hari. Tp yg x tahan tu, ada satu hari, dia blk dr skola, dia ckp ngn mama, 'Ma, puasa x bole korek idung kan? td d skola Iwan korek idung. Batal la puasa kan?' (sambil minum air). Mama: Ko tau korek idung x bole, knapa ko korek juga?". Alahai Iwan. Saja ja mo puasa stengah hari kan.

Monday, August 16, 2010

Astaghfirullahalazim


Astaghfirullahala'ziiiiiimmm...mengucap pjg aku baca attachment d bwh ni..
Aku rasa aku sendiri msh byk kekurangan dlm hal2 agama ni..tp aku x penah terfikir ada org yg akan mengeluarkan kenyataan2 mcm ni..Semoga Allah beri hidayah dan keampunan keatas budak ni....aku...dan kita semua...Amin.





The minute I read this article, I felt fear.. May this matter be a lesson learned to all Muslim, and may Allah keep us a distance from such ignorance things.
Astaghfirullahal'azim. I seek forgiveness from Allah.



Sunday, August 15, 2010

My Coffee-Mate



One fine evening..


Teeet...

D: nins, i just found out dat T ngajo d kolej komuniti selandar. Omg! ko d sn ka?

Me: Astaga D... FYI, kolej komuniti tu jiran kami... hahaha.wat a small world!


D: ahaha.. ***520 hyundai accent. ko tingu2 keta dia. ahahaha.. ingat aku dulu2 d upm selalu tunggu2 keta dia limpas... Nins tell me i am crazy!


Me: N fyi oso, selandar ni amatla kampung dan pekannya kecik, jadi, d mana port2 kami kuar minum pg, dsitula jg port dorg.mmg slalu tjmpa staf kolej komuniti kalo p minum. haha. u're not alone D, me oso crazy.hahah


D: ahahaha,, can't believe i'm like a 16 year old teenage girl who still having crush to a boy tho knowing dat its over oredi. ahahaha..


Me: Hahahah.. dun worry D, i won't tell anybody. nt aku tgok2 ***520
hyundai accent ko aa.. kalo aku jumpa apa perlu aku buat tu D? kasi pancit tayar dia (for leaving u)? kasi gores body keta dia (for hvg date with other girl)? or letak sejambak bunga (for coming into ur life n leaving a sweet reminiscence)? come on, tell me! (wat gaya ala gengster feri)

D: ahahahahahaha... nina, u're d best! mayb aku sda lupa heartache itu... so, ko letak sekuntum bunga utk aku la...ahahaha ko rasa apa dia buat kalu dia nampak aa.. bagus punya projek ini.


Me: tia tau oo.. tp aku trbyg suda yg skuntum bunga tu disertai dgn sekeping nota kecil yang dibawahnya tertulis, "D from inanam wit love"
mmg terlumpat c T baca tu. dlm ati dia, ada stalker folo dia.. hahahaha..

Kesimpulannya:
apa kaitan coffee-mate dgn cerita di atas? hehehe...not creamer okay..but a buddy who I used to have a coffee-talk with..Coffee, plus the moment we had, is sorely a great and indescribable pleasure.




Friday, August 13, 2010

.:: Penglipur Lara ::.



Ladies Getaway


Efa Ramona
: ninaaaaa.....
d kesempatan ini ingin saya mmohon jutaan kemaafan drp anda serta pn.ain@ Noorain Mohd Tuah, kerana tidak dpt mghadiri ladies weekend getaway/tiger show/lingerie party.wahaha.

ada majlis keluarga yg wajib dihadiri.:) tpksa la ai mjlnkn tggjwp sbg anak solehah/mithali.*muka bangga agkat2 kening.ngeh3.

Hernie ...Mostajap, sama2 la kt kempunan ladies weekend getaway not.jum plan sumwhere yg jauh2 nexxt year..:( rindu sm gelak tawa dan nyanyian2 dan lawak2 nda bleh trima akal dan dot3 kamu....~ni tmasuk la c sot2 yg lain. Joy Nirwana, Memeng Sue, Amira Jalil, Noor Hafizah Abdul Lamit, dlllll.....haha.abes smua ku tag.sib bek bleh tag 6 ja.:P

sekian warkah dr saya.

yg ikhlas,
efa comel.:D
Mon at 12:58am ·

Noorain Mohd Tuah:
oit ko masi utang kami samting..sila jelaskan utang anda ya cik epah~
Mon at 10:03am

Hernie Mostajap:
Kehadapan cik ipah,semoga sihat sejahtera hendaknya.saudari d mana pd ketika ini?kk@kl?d mana pun saudari berada hrpnya saudari tahu yg kami tgu2 ko join konperens km sabtu mlm tu!marah ku tu ah.d tepon x mjwb gggrrrrr..begegar2 dah I ni hahhahaha!!

Ui pah,br ja angan sm2 nina ni thn dpn mo p bangkok,meh la kt beramai2 merealisasikn impian pelancongan tu. skrg aku n nina menggoogle2 apa2 info yg berguna ceeewaaahhh..smgt tu.tp ain x ulah laa pg,ia kn sarat tem tu.mun kn turut hantap x sadar diri tu ah hahahahah!!
Mon at 12:20pm

Azrina Johari:
huh..anda telah menggagalkan ladies weekend getaway kita...tp xpa...kekecewaan kami terubat dgn 4 ekor ikan besar yg dipancing oleh encik muamar dan rakan2, lalu memanggil kami ke Tomyam Island untuk merasai hasil mereka..MMMarvellous..terima kasih encik momar dan rakan2..

walaubagaimanapun, saya dan pn. ain agak tertekan kerana anda berjaya membuat kami tertanya2 sehingga ke hari ini..

yg jauh hati;...
saya yg comel...(bukan anda)
ngeheheh
Mon at 12:24pm


Big Event


Noor Hafizah Abdul Lamit: cita apa ni?bla kmu pnya big event??napa ak xtau??huhuhuhu

December 21 at 2:12pm

Sara Nabiela : kalo kamu kan tau nins, c epah betunang suda..mls ia ingar2 krg nda jd big eventnya..ada mamanya kestau aku..haha..siannya kamu ni nda tau, apa pya kwn laaaaaaaaaaaaaa.....................

December 21 at 3:10pm

Noor Hafizah Abdul Lamit: banar ba????????????????ngan sepa sara??

December 21 at 3:20pm

Memeng Sue: sepa?????????????????nda tau pon

December 21 at 3:21pm

Hernie Mostajap: Menemui cik nina,bkn kah saudari berkata memakan ikan2 en.momar mbuatkn saudari berak2?..ish3..kalah makjun ahhahahaha..apa pun alasannya,nt akan sy khabarkn kpd en.momar

Cik epah,btl kah telah betunang?kalaula kabar angin itu betul belaka,izin kn kami mengundur diri dari idup cik epah.kecil rsnya hati andai kami tidak dijemput.

P/s tp aku rs ni gossip c sara yg mo bg hint ia bertunang hahhaha..jg ko sara

December 21 at 6:28pm

Noorain Mohd Tuah: kehadapan cik sara, benarkah kabar angin yg melanda itu ataupun indah kabar dari rupa? jika benar, sungguhlah terasa saya ini ingin mencincang sodari epah yg kambang mambang..

sodariku epah, ingin sy mnyatakan sesuatu.."penantian itu suatu penyiksaan"..

sodari enot & yg mo p bangkok, sesungguhnya kamu smua KAMBANG. biarlah sy seurg sj yg setia berada d malaysia.....

December 21 at 6:31pm

Hernie Mostajap: Ditujukn bt mrs kace@mak buyung,bkn sy shj yg KAMBANG malah mrk suma jg begitu~kalo jeles kata jeles,tidak aku jeleskn lg~(nyanyi ikut rentak lagu safura)

December 21 at 6:47pm

Joy Nirwana: izinkan sy mencoret spatah 2 kata dcni...pertama2 kalinya,sy brasa sguh kecil ati malah terkedu,knp ka sy x tahu menahu mghadiri big event 2 (& sjk bla pla epah ada d lbn??)

sy trut merasakn bhw cik sahara sai'en ingin mewar2kn bhw bliau akn mngikat tali ptunangan tdk lama lg mgkin;p

bt sodari enots,knp destinasi pcutian kita d bangkok?knp x bali ka, bandung ka, hehehehe...

December 21 at 7:12pm

Joy Nirwana: pmbetulan: menghadiri = tentang

Hernie Mostajap: Saudari wana,big event itu hanya gempak pd title tp hakikatny tiger pon msh dlm zoo hahahah!!!epah kn dpt award plg byk cuti,jd jgn heran kalo ia tba2 ada d mn2


Owh ya..tntg percutian itu,sj ingin merasakan kelainan bahasa pd percutian ini tp blm la diputuskn lg,hny cadangan sahaja.

Saudari sara,jgn laa ditapuk2 lg berita gembira itu..ayok kongsikn bersama kami dan sy berjanji akan menjaga tingkahlaku sahabat2 kt hahhahaha

December 21 at 7:47pm

Sara Nabiela: hahahhahaha..sot ba kamu ni..nadaaaaaaaaaa..tulung2!!aku terjerat!!wargh..nampaknya cek epah telah berdiam diri menandakan apa yg diperkatakan seperti di atas adalah benar belaka..thanks to cik epah..hehe..(napa aku punya bahasa pun jiwang2 cam durg2 ni??sot!!)

December 21 at 8:41pm

Memeng Sue: sahabatku sekalian....

entah kenapa aku merasakan kita berada di zaman berbeda..tutur bicara ini sangatlah menusuk jiwa.andai benar saudari epah akan bertunang..akan ku turut pergi bersama mrs kacang dan entotlina..begitu jg adikku sara..bertunangla..jangan buat dosa lama2..hehehhe

December 21 at 8:43pm

Efa Ramona: hahahhahahahahaha..*izinkan saya gelak mengguling2kn diri tlebih dahulu..:D

kehadapan saudari2 yg dirindui,

ssguhnya adalah dusta belaka perkhabaran mgatakan bahawa diri saya ini telah bertunang..hanya hati2 yg iri akan kejelitaan saya yg sanggup menabur fitnah sedemikian rupa..

ya, saya mengakui..mmg sudah bnyk lamaran yg diterima..kalau hndak dikira..barangkali sudah mampu membuka kedai bunga serta cincin dek kerana banyaknya lamaran yg diterima itu..huahuahuahua.

Baiklah saya suda penat berbicara bgini.:P

saraaaa ahhhh..ko kann..saja ja mo kasi jatuh saham aku ah.jaga.siap ko.*sambil sinsing2 lengan buat muka gengster feri.haha.ko mo hint2 ni kn..mo btunang ahh..mari2 kt serbu majlis tunang c sara.:)

haha.big event tu nada la big mana kali..tigernya diganti sama ikan hasilan c momar yg kemudiannya mybbkan mereka keceberan smpai pg..

ba jummmmmmmm....mas ada promo skrg!bangkok?bali?bora2 island?yg pintingg hurupnya start sm B..ka kt mo destinasi yg start dgn A..*destinasi pelancongan mgikut abjad gitu.uih..eksaited ni.mari kt mgoogle bramai2.:) yey!

yg jelita,haha!

saya

December 21 at 9:03pm


(Adopted from Dewi Sharina's)


***Ahh...kamu suma mmg lawak.. The best creatures I ever met. Rindu pd kalian..~xOxO~~
\(^_^)/

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan


Suddenly aku rasa mcm malaaaaaaaaaaaaaaaas sgt nk menulis lately. Tp hari ini…yeh!..aku gegehkan juga diri ini untuk menulis..sempena bulan posa..hek

Sbb aku rasa aku kena catat few things yg agak baru dlm kehidupan aku…

Semalam..
Yeahhhh…setelah cubaan berkali2 untuk menderma darah gagal, akhirnya aku berjaya menjadi one of the donors ..alhamdulillah…previously, byk ja benda yg menghalang aku drpd menderma, e.g. hemoglobin x cukuplah, period lah, under weight lah (eh?), dan yg terbaru selsema (fear of H1N1)..so, kiranya smlm adalah pengalaman pertamaku menderma darah.. :D

Dan semalam juga, mlm pertama berterawih di Selandar yg aman lg damai ini..ohh, how I miss my own place (Sabar…Sabar…)

Dan hari ini..
Hari pertama buat seluruh umat islam berpuasa, dan kali pertama juga bg aku berpuasa di Selandar..Actually, Melaka n Johor are entitled for one day public holiday, but today we’ve to work somehow..replacement for Hari Raya leave we gonna take, less than a month from now…yahoooooo…cuti raya agak lama jugaklah, almost two weeks I guess..hehe..ko adaa??? (Oh, tak sabarnye i….)


So.
In this perfect & wonderful morning, I would like to wish u all a Heartiest & Blessed Ramadhan. Let’s celebrate it with full awareness and gratitude. May Allah grants his forgiveness to His slaves.. and wish that this holy month can clean up our sinful soul. Ameen.