Tuesday, July 20, 2010

Telur itik masak lomak + belimbing buluh






MMMMmmmmmaveles....pehhh...! ni kali pertama rasa masakan ni.. aku mmg penggemar masak lemak, (tula bdn byk lemak..eheh), dan pencinta masakan kampung...tambah2 lg warung kt depan ILP Selandau ni suka hidang masakan kampung...kalo dia masak ikan asam pedas + bendi, atau pun ikan patin masak lemak tempoyak..adduhaiii...aku mkn tak pandang org dah..ko siape?heheh.

td sarapan pg kol9.30pg, aku pi sarapan kt depan mcm biasa..biasanya aku akan mkn berat, sbb tghari aku x mkn dah..time nak byr tu, makcik tu da keluarkan lauk2 untuk tengahari, aku nampakla ada masak lemak atas meja tu..mula2 ingatkan ayam, sbb nampak bulat2 je..then makcik tu kata tu telur itik...aku pun tanya, 'telur itik??' (inginkan kepastian, yelah, telur ayam pun aku x penah wat masak lemak, ni kan plak telur itik)..aku tanya lg, 'telur masin la eh?' ...makcik tu kate,'eh tak, telur itik...telur itik biase'..aku, 'waaahhhhh...tak penah rase nih...nak bungkus lah..'...lalu aku pun bungkus telur itik tu..dia campur dgn belimbing buluh, dlm ati aku mesti sedap..aku nyatakan kehairanan aku kt acik..acik kate, mmg org slalu pakai telur itik wat masak lemak, sbb kalo telur ayam dia cepat hancur...ohh, begitu plak...

aku mmg sukaaaaa sgt rasa makanan atau masakan yg aku x penah rasa, atau masakan tradisi sesebuah negri, ataupun sesuatu kaum..as long as dia halal, aku takkan lepaskan peluang...oh ya, ari tu acik masak durian (yg buahnya x berapa nak masak) gulai air..walaupun rasanya agak pelik, tp aku mmg suka mencuba...

taun ni aku rasa taun aku plg byk experience tasting new foods kot..bermula kt Miri..Mee Kolok, Nasi Lelapan, Three Layer Tea atau Teh C Ping Special, Air 3 Masam dan lain2..adduhh, plg takleh lupa Nasi Lelapan dia, yg ada 8 jenis lauk, n Three Layer Tea...Mmg terbaek!..dan takde kt tempat lain..sgt sedap! (aku ingat lg Three Layer Tea yg plg sedap yg aku dan geng2 discover masa kt sana adalah kt satu kedai x jauh dr kedai Rong Reng dan Jabatan Imigresen Miri, Nurzul Cafe kot nama dia, x silap aku..)..Nasi Lelapan lak, keliling pinggan penuh dgn lauk, biasanya ada 1 lauk utama (optional: ikan/ayam/daging, yg digoreng), Tempe, dan selebihnya ulam2an...aaaaaaaa......hantar aku blk gi Miriiiiii!

dan misi aku seterusnya ialah, Mee Udang, Nasi Ketam, dan Pasembuq!
Penang, I'm coming......!!!! (^____________^)

Kesimpulannya, aku suka jln2..
dan aku suka makan.
Aummmmmm...!!!




Monday, July 19, 2010

'Ammar, Kak Kiah, dan UTHM selepas 4 tahun berlalu




Weekend lepas, Syifa' ajak gi melawat Kak Kiah..(who had just gave birth to her 2nd baby boy)..Dia call hari jumaat..i on ajer..(tmbah2 lg TNB wat keja2 penyelenggaraan sampai ptg, plus, aku pun da 3 tahun lbh tinggalkan Parit Raja, so, excited gak lah...Ktorg btolak Sabtu pagi.. bestnye bile dpt jenguk balik tempat kite blajar, tempat di mana aku penah singgah dan bermastautin selama 4 tahun..dan juga dpt jenguk senior, cum kwn lama, yg aku kenal dalam silat. Nama baby dia Muhammad 'Ammar..persis abgnye, Umar.. Dua beradik ni cute sgt...geram bile tengok Umar senyum n gelak, gigi dia cantik. n mata hampir2 tertutup..comeyyyyyy sgt!

Haaa....ni la 'Ammar..(berusia 8 hari ketika gambar diambil)








.
.
.


Lebihkrg 3 jam jgklah menyembang kt umah Kak Kiah...Sebelum balik Melaka, sempat singgah kt Ito, atau UTHM.. (tempat jatuh lg dikenang kan...)..terkejut jgk eden dengan perkembangan Ito...huh,leh tahan...banyakkkkk sgt perubahan nye..





Ito da ade tasik skang...alaahai...kalo la tasik ni ada zaman aku blajar dulu, mesti aku rajin jogging pagi ptg..(yeke??)

.
.
.



Skang ni pun mcm2 nama kolej kediaman ada...dulu, ada Desasiswa Dalam Kampus je..n sebelum aku kuar gi LI, hostel tu pun tukar nama p Desasiswa Tun Syed Nasir..

.
.
.



Ni la kilang yg selalu mencemarkan udara Ito... aku ingat lg, dulu aku slalu terbau jagung bakar...tp aku x pasti plak kilang mana yg lepaskan gas 'jagung bakar' yg sedap tu...

.
.
.






Atas ni plak blok bangunan yg baru dibina kt Sri Gading, kt blakang kwsn shoplots ni ada 1 kwsn tmn perumahan yg luas..rumah dia pun cantik..cepat betul rasanya masa berlalu..

.
.
.

Kedai makan 25 Jam, dekat Bandar U...sinilah tempat aku lepak hampir tiap2 mlm waktu semester aku dan geng2 sekelas kena buat kete..




.
.
.


UTHM Entrance




.
.
.

Stadium
(aku rasa mcm org da tambah lah saiz grand-stand dia tu)


.
.
.
.


















.
.
.

Bengkel2 Kej. Mekanikal..



.
.
.
.




.
.
.

Library baru Ito..5 tingkat beb...akhirnya dpt gak aku tengok library ni dpn mata aku yg org dok sebut2...besar sungguh library korg yer...




.
.
.


Dan byk bangunan2 baru yg dulu takde, baru dibina..



Bank Muamalat pun dah dipindah ke kawasan lain, bukan kt kantin lg..



Haiih..bila ktorg round2 ito tu, terasa 'wayang' masa kita tgh blajar dulu seakan2 dimainkan balik je..rindunye zmn tu..
mcm terbayang2 aku ngn kwn2 jalan kaki, melalui di setiap kwsn2 yg ktorg tengok tu...Indahnyer memori itu..~~

kol 6.30ptg, ktorg pun btolak blk ke melaka..kalo pegi td Syifa' drive, balik Melaka Syifa soh aku drive..ktorg ikut jln Pt.Yani.. (aku pun x penah lalu jln tu, wlaupun 4 thn duduk sini..hehe).

tp, ape yg penting, aku sempat gak mkn Nasi Briyani Kambing kt Medan Selera BP, dpn Hospital Putra, tepi jambatan BP..mmg terbaek!! (aku tau akan ada org mencebik bila bace stetmen ni..yelah, dia x suka kambing)

dan kesimpulan yg aku leh buat, Hmmmm...bleh tahan gak kualiti gmbr2 yg aku amek guna kamera handset Sony Ericsson 2.0 Megapixel nih..hampir sama dgn kualiti gambar yg diambil menggunakan compact camera 12.0Megapixel (ingat nak sebut DSLR td, tp mesti ada org mencebik gak..melampau sgt..;p)...Gambar taraf Compact Camera hanya akan terhasil pd waktu siang, dgn pencahayaan yg cukup...tp 'dia' fail untuk indoor, walaupun di siang hari, sgt tak sharp. (tu yg kena edit gmbr2 anak kak kiah tuh... ;)))



Friday, July 16, 2010

Di sebalik kata


There's always a little truth behind every 'Just kidding.' There's always a little knowledge behind every 'I don't know,' and always a little emotion behind every 'I don't care.' There's always a lot of pain behind every 'It's okay'.


hmmm....ada jgk betulnya kan...and most of the time, we have to say these out to console other people..btol tak? hehehe..
anyway, just a little snippet for tonight. Peace =)

Footnote:
Hidup ni indah sebenarnya, terpulang pada kita untuk mencorakkan ia..kita yg menentukan corak yg bagaimana.. dan kita juga yg menentukan kaler2 apa yg kita nak, watercolor ke, Luna ke, Faber Castle ke...eheh..dah2...melalut plaks (ntahapohapontah) ...tu tandanya, org yg menulis ni da 'lalok'..ngeeeeee.. ;)


Selamat malam dunia.



Wednesday, July 14, 2010

.:: another phase of life ::.



heheh..tetiba aku rasa minggu ni aku rajin plak membebel kt sini kan..terlebih byk masa kot.. ;p

hmm..smlm susah nak tido..mata ni selagi dia tak tutup, selagi tu la otak aku bekerja...mcm2 dia nak pikir..mlm2, gelap, fikiran pun mula la merayau tah kemana, jauh lak tuh..hoho

ntah le, aku slalu rasa aku mcm x cukup matang untuk meniti fasa kehidupan yg seterusnya...it's not just about getting married, tp life after marriage tu la the real platform, where we can see how we manage our life, plan the financial, control the emotion..(jgn plak bila aku ckp camni,org ingat aku dah nak kawen ye)..but yes, to deal with these things has their own arts..and the most important thing out of all is maturity...hmm..aku x tau org menilai aku mcm mana, tp aku sendiri rasa aku mmg belum matang..hahah...tp susahla mcm ni..kalo aku x matang2 jugak mcm mana..kalo umur tak meningkat takpala..kang muka da kerepot,tp diri masih di dalam fasa kanak2 ribena...hahaha..aku suka kehidupan yg enjoy (enjoy di sini bukan bermaksud kena pergi nite club, having party, dan minum2 ye), tp aku suka a lively life, building network with others, discover new things everyday, and just do things I adore..at times, walaupun kerja kena serius, tp aku tak bleh serius sgt...nt aku jd bosan..kdg aku suka main2, org ckp serius pun aku permainkan..(kdg tu aku silap pilih org...hoho..lantak engkaulah)..org yg main2 ni sinonim dgn childish kan..tp perlu ke serius untuk menjadi matang?hehehe...

ni lah, bila susah nak tido, fikir benda2 ngarut...akhirnya, mimpi pun benda yg ngarut gak..yelah, jenuh kerah otak pikir benda2 rumit..tak payah pikir pon sebenarnya..

Anyways.....I would just take some time and enjoy my youth, don’t think too much about how to handle all sorts of responsibility and maturity. Let it all comes naturally. Reckless and intellectual need to come hand in hand. My hair already have enough gray strands for now (just a hyperbolic and metaphoric statement okay..*ngeeheee) . And I am not giving up; I can play any game I want (flexibility and wide range of options are good) but I just have to plan my moves and be fully prepared..but do it with no rush.

*Tetiba aku rasa happy plak.. Benda tak berlaku lg, dan tak tahu akan berlaku atau tak..but I'm waiting for something gud, and I will always believe in myself, in all attempts I make.

Selamat malam.





Tuesday, July 13, 2010

Patience


Sometimes, when we have no option, we actually learn how to be patient in a way that we seldom realize.
There's a time I can just let it be n go with the flow, but sometimes, I cannot.
But I believe that, things happened are worth still in the end.
To You I leave all matters Ya Allah. May your love n bless always with me. Jazakallahu Khairan Kathira.



Saturday, July 10, 2010

Misery

Pathetic kan?

Bila aku sedih, bila aku perlukan someone to talk to, aku terpaksa kembali ke blog ini sebab in reality there is no one that i can really talk to.

tentang kemahuan aku.. tentang masalah aku..

there is no one i can turn to. sebab takde sapa2 pun yg akan faham situasi aku.

aku selalu berperang dalam diri aku sendiri. the only person i can talk to is myself. sudahnya aku sedih sendiri. perit kutanggung sendiri. This is the real fact of life.

Ahhh...aku mau lari..jauh dari sini...
Penat.

Wednesday, June 23, 2010

='(



Sometimes I feel like I’m strong enough to face everything that come over me, ignorance enough to neglect all the funny2 things, and cud create a great surroundings on my own to live in, but….hmm

Deep in this heart I was so grateful to be sent over here, but I do mad of a few parties that take us for granted. This is sooooo unfair!

One fine morning, I checked my email, n received a memo from a friend, and it has been forwarded by our another friend, (somebody who has been posted to Labuan). I smiled. And I found it was very surprising to see a memo from the government saying that we, all the officers who have to attend for a long term course, gonna get some added incentives so called Bayaran Sara Hidup (BSH) for those who are in Sabah, Sarawak n Labuan, which I think is quite a reasonable amount, to replace or cover all the benefits n allowances that we have lost throughout this NONSENSE course period! My friend asked me to call HQ for further clarification, as we think that we all deserve it. I keep on calling them from 8 to 5, but none was answered. Where have u been boys? Party?? I’m going sick of this typical disease which is getting widespread day by day. And the next morning, I’ve tried again n it went the same. Until I received a message from a friend saying that our friend managed to call HQ the day before. I called her, and she told me everything. And it is too much when hearing all the things. Huh! Our first thought had turned to be the other way round! Know what? Our allowances should be lesser than what we get now (starting from the day we started this ridiculous course). We all shouldn’t get the BIW as we leave our territory for more than 3 months. Ok, that one we have well-aware ever since day 1 we start the course. But when we get the pay-slip, the BIW is still paid. Ok, put it aside first.

What is BSH all about? HQ said: it will be given to those who have to cross the South China Sea, go to Sabah, Sarawak or Labuan for a long term course.

So, how about us? HQ said: in your case, you have to follow the peninsular BSH rate, means, your respective area rate, where you have been located for the course. Example, if your area entitled for RM100, so u’ll get RM100 lah. (Wahhh…this is so mean!)

But, we still get the BIW until now. How come? HQ said: that means, after this course, you have to pay back the entire over-paid amount to the Government. (Hwahhhh……)

My friend said to him: mane boleh cmni encik..ktorang dah willing dihantar kesana, dgn harapan kitorang dptla keistimewaan2 yg kitorang berhak dpt, berbanding yg dpt kt semenanjung..

HQ: Ye, sy fhm…sy fhm masalah encik. Tp mmg takde penyelesaian untuk tu. Tu sume *P* yg wat..

My friend: Jadi, mcm tu jelah??

HQ: Mcm tu lah…

Bla. Bla. Bla.

I think I have no problem to pay back all the money. Luckily, I still have my own saving even not that much. (But things are really burning a big hole in my pocket). I just felt down, because, since I stepped in to this sector, I feel like I’ve been threatened by their injustices act! Menyusahkan pekerja, yang bekerja untuk kesenangan rakyat. To-date, I realized, I am not working actually. I am just a dummy for them to do their work, just accept what they want to do and what they want to give.

Many are well-informed that the highest rate of BSH is of course Sabah, Sarawak and Labuan.

Just FYI, all the Sabah, Sarawak, Labuan officers (who are not locally from the respective territory they have been posted), will entitle for EPW, BIW, critical allowance, and housing allowance.

But, 4 of us are really2 unlucky! We just get the housing allowance out of the rest that we shud get (ni pun entah2 dia nak potong gak kalo bleh..yelah kan, save cost…BERKHIDMAT UNTUK NEGARA! yeah!!), just because of this so called long term course. But once again, it’s all NONSENSE. Attend or not, it’s just the same. Kursus tak serupa kursus. Syok sendiri!

I am getting tired. I wish I cud turn back time. Yes, I did said I won’t join my previous place, but at least at that time, maybe I can wait a little longer for another better chances. Huhu!

Ya Allah, please shed some light on me to move on… Help me to get rid of this feeling, and let me work with all my heart and sincerity…



Disappointed officer;
AJ


Sunday, June 20, 2010

They are one of the best things ever happened in my life



Aku dan kawan2 pegi piknik Sabtu lepas, kt Sg. Tekala, Hulu Langat ...huhuuu..best giler..
actually tempat tu biase2 je...bg aku, Bekok ngn Ledang best lagik...tp, apa sahaja yg dilakukan bersama kwn2, kemana sahaja pun tetap best! hehe

Ntah camno lah tetiba bleh terpiknik plaks minggu nih. Fara ar ni... org ajak dia dating berdua je, tetibe bleh berpiknik lak..heheh...tp TQ fara, I happy sangat... Actually kan, ari tu i main2 jer sms u ajak dating, bile u tanye i serius ke main2, i saje je kate serius...(jgn mara fara...)..but at the same time, kalo bebetul pun apo salahnyo...hehee... tak sangka lak u bleh jadikan sesuatu yg main2 tu kpd sesuatu yg more interesting n meaningful..ngeheheh...I lap u!

yg x sangka tu, am pun bleh join...mak suke! hihi..tu pun setelah dipujuk2, akhirnye aku berjaya!..haha..bestnye dpt kumpul ngn kwn2 yg sengal cam korg. c Maziah minah utara yg tak brapa nak senonoh tu pun ikut..dia jadik AJK kopok, yg dipikul dlm plastik, org kampung aku ckp, 'kantung hingar'..hehe..

Ktorg btolak dr Shah Alam kol9 pg, then jumpa Maziah n Leha kt Putrajaya dlm kol10 pg kot..ktorg btolak dr sana sama2 1 kete menuju ke Sg Tekala..OTW ke waterfall tu, ktorg lalu 1 kwsn memorial cina yg sgt besar dan 'happening'...huahuahua...dorg dok sebut bende tu Nirvana...tah apo bondo eh menatang Nirvana tuh...Kurt Cobain kene tanam kt situ kot..hehehe

Sesampai kt sana, bukan tros terjun dlm air pon...apo yg penting, kito mkn dulu...hehehe..mcm2 ado, walaupun last minute plan..ktorg serumah bwk mihun n sandwich (serumah ko?hehehe....rumah tumpang yek), Leha bwk drumet n nuggets, n Maziah bwk kopok (tp kn Maziah, sbnrnya, eden tak sompat pon meraso kopok hang..huhu)..

Ktorg berlima pun mandi manda bak kanak2 ribena...haha..tp yg tak bestnya, aku takleh lasak sgt arr ...huhu...kacau btol!
Teringat lak time kite wat sesi ngumpat n meluah perasaan dlm air (siap buat bulatan gitu..haha) , main sliding2 kt batu berbantukan kaki maziah yg ala zirafah tu..ha, yg ni am suke ar...dia yg start..dlm hati aku, tah pape je korg main nih, malu org nampak...hahaha...tp, sendiri terjebaks jugak..huhu
dlm kol2ptg, ktorg pun stop mandi manda..kemas2 n balik...

Terima kasih Fara, Am, Leha n Maziah, kerana menggembirakan aku pd minggu ini..kan best kalo Linda ikut skali...=( ..
n special thanks to Fara sbb tumpangkan rumah, arrange the picnic, n masakkan lunch untuk aku sblom balik...hehe...but, u still owe me asam pedas daging ala Mak Gee! hehehe

Lepas ni, kite ke Genting bersama plak eh..Am da offer nk jadi organizer tu...dia kan host...haha...kali ni kite tumpang umah dia kt Karak plak ye Fara...sblom tuh kite singgahla KFC...Karak kan ade KFC ;p


Love u ol!


Friday, June 11, 2010

A day with Kak Leen



If last week happened to be the very busiest week I've ever seen since I came here in this section (IPD), this week would be the most silent week to all..I guess so!



There are 6 members in this section excluding me (as I'm not part of this dept staff), 5 of them are all PPLV..and of course, they have more experience in this field. and Kak Leen...is one of them..30s, married, has 2 children, Azim and Damya.




Kak Leen has served for JTM for 6-7 years if i'm not mistaken..She has her own 'klik' and I have my own. Even we seldom get the chance to talk one-to-one, we still have a good relationship to each other.


Today, there're just me and Kak Leen the only woman in the office. Everybody are taking their leaves.

So, since there's nothing much to do, and the students have just completed their portfolio task, she asked me out for breakfast. We talk about many things..Personal, students, & career..She loves to tell her experience being an instructor, and how the students who have the differed character should be dealt..I love to listen, and it's quite funny..haha..

Again, in the afternoon, she asked me out for lunch. We had our lunch at McD Ayer Keroh..being with her all day long has gave me the opportunity to get to know her more better..and spoken to her has brought me afterthought on what is being an instructor (or in a common term, a teacher) all about..and then, what should I highlight is, she had advised me to create a few characters in front of the students, let them not to understand u to bring their respect to us (because she said, we definitely won't understand them all), just treat them as our children, it's ok to be harsh with them (dgn niat untuk mendidik dorang) and hit them if necessary.. don't show if we want to help them..because they'll know themselves and understand what we are doing once they have completed their study..let them think..
i was very amazed..know what, a very naughty student has come to her (before we go to lunch) and seek for her apology..he cried out loud and tarik tgn kak leen sambil cium tgn kak leen..semuanya berlaku depan mata aku...sambil dlm hati berkata, "oh, begini rupanya menjadi seorang cikgu.."..kagum dgn kak leen, dia begitu ikhlas dlm mendidik...I hope I can be one...
then dalam kete menuju ke Ayer Keroh, ktorg bersembang...

aku: ape kak leen da ckp kt dorang dlm kelas td?
kak leen: takdelah..ala...biase2 je..standard kalo budak da nak abes, kite mintak maaf la...bg dorg nasihat sume
aku: nape Ijam sedih sgt tu?..
kak leen: entahla...dia kate dia tersentuh...sbb dia rase dia mmg bdk nakal
aku: sy mmg tak tengok muka Ijam td..sy ni mmg tak leh tengok org nangis, nanti dgn saya2 skali
nangis...hahaha
kak leen: akak pun tahan2 je td tu sbnrnye...hahaha
aku: tp rase nk gelakkan dia pun ade kak..bile akak ckp, ape kenangan awak yg indah sgt dgn sy ni smpai awak nangis mcm ni skali...sy slalu marah awak je..hahaha

ktorg pun gelak...hadoiii la...macam2....


Afterall, it was a very interesting job though..like what kak leen said, I prefer to be an instructor, rather than sitting under the Unit...Biarlah memeningkan kepala, berdepan dgn student...tp sebenarnya, ia byk mematangkan diri kita...

I'll take all the good things I've learned from Kak Leen..and thanks for all the advice. You're such a good teacher, mother, and sister!



Friday, June 4, 2010

Kehidupan baru




Hari ni aku boring yg amat sehingga memaksa aku merapu2 kt sini..sbnrnya, aku cadang nak wat come-back bila aku benar2 bersedia untuk menceritakan segala2nya yg telah terjadi, since aku pun da lama tak update blog..(cecece..)..tp 3 bln kebelakang yg telah dilalui, walaupun nampak singkat, tp penuh dgn cerita2 baru yg langsung aku tak sangka aku akan laluinya...



2010..



aku terasa diriku btol2 mcm bola tahun ni...siapa sangka, dgn aman bahagianya aku bekerja d kampung halaman sebelum ini, tetiba, 1 keputusan yg telah aku ambil menyebabkan aku di'tendang' ke merata2 tempat..huhu..but...i have no regret..it was already fated by Him, n i believe, there must be a good thing lies behind and ahead.. Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk merasai semua ini..walaupun pd mulanya aku agak rapuh, ragu2 dgn tindakan sendiri, pendirian yg tak tetap ibarat lalang, kejap ke situ kejap ke sini, hilang fokus dan asyik fikir benda lain, akhirnya...i manage to pull my feet back on to the ground..setelah aku melayang2 kemana2 mencari fokus yg seakan2 hilang...dan, inilah takdir namanya...



dlm kekalutan, aku sebenarnya telah melalui episod2 yg sgt menarik, dan berjumpa dgn watak2 baru yg berbagai2 dlm hidup ini.. apapun, kehidupan aku di Miri tidaklah seteruk yg disangka..malah, hidupku ceria disana (hehe)...kemudian, tercampak pulak ke Selandar..sebuah tempat yg aku tak penah dgr namanya, yg terletak d daerah Jasin, Melaka..pd mulanya.., my feelings, situation, is quite miserable jgkla..really challenge me inside out..but after nearly 3 months time, aku da mula dpt melihat semua perkara dr sudut positif..bersyukur dihantar kesini..sbb, kalo tak dihantar kesini, sampai bila2 aku tak tau ada tempat bernama Selandar, mengenali tempat baru yg tak nampak d Google Map ni, serta mengenali seluruh isinya..kau ada??? TAK ADAAA....hahaha...(blagak!)..bagiku, 4bulan adalah satu jangkamasa yg sgt singkat, tp padat dgn cerita..


Hmm...
apa yg berlaku pd hari ini adalah kesinambungan daripada post aku yg bertarikh 11 January 2009.
Tak sangka, perjalanan aku sbelum dan pada hari aku attend interview yg agak huru hara tu, rupanya ada 'sesuatu'..haha..by the time aku dpt surat tawaran tu, aku dpt melihat kekuasaan Allah, betapa itulah yg dinamakan rezeki yg dikurniakan olehNya, walaupun lahirnya, persediaan aku untuk interview tu mmg kosong, dan kucar kacir..Dewi dan Erra yg menjadi saksi atas apa yg telah berlaku pd waktu itu pun mengakui perkara ini...mmg unpredictable..
Apepun, Allah lebih mengetahui..dan aku redha.

Tuesday, February 2, 2010

Aku, Cameron Highlands, dan Kwn2..

wahhh...lamanya x update blog, da bersawang n berhabuk2 blog nih...puhh..puhh...uhuk3...

hmmm...byk benda nak di ceritakan kalo nk di recall blk eversince my last post...tp yg lps tu biarlah lps..apa yg penting, pembuka tahun baru ku pd thn ni agak menarik...walaupun ia agak common pd pendengaran org lain, tp tidak bg aku...heheh..

aku sbnrnya kesuntukan masa...tp demi cik linda (yg suruh aku update blog pg td), dan sbg mangabadikan entry pd kali ini yg ditaip khas dr rumah kwn baik aku dgn menggunakan pc dia (heheh), maka, aku melihat ia adalah satu cdgn yg baik...at least, ada sentimental value disitu...ahaks...(am suka nih!)

aku baru blk dr cameron highlands..dgn kwn2 baik aku...pd asalnya, kami mahu ke genting slepas dr cameron highlands, tp rupa2nya, masa tidak cukup...kuang3...maka, kami pun bercadang untuk treasure the short perfect moment di cameron highlands sahaja (instead of terkejar2 ke genting, in the end, kt cameron x dpt apa...kann?)...dan berkelana lah kami d Noraini Chalet sempena Thaipusam Day...(Selamat Hari Thaipusam)...anyway, it's worth it! some more, aku x penah pegi cameron...sdgkan genting da penah pegi 2,3x)...cdgn baik!

ada jgkla beberapa tmpat yg telah kami lawati...tp tempat yg aku suka:
1. Ladang Teh Boh
2. Cameron Bharat Plantation
3. Pasar....(of course..)
4. Beberapa view yg menarik untuk kami beraksi

dan brg2 yg aku sempat beli...
1. teh dan coffee yg pelbagai..
2. Dried n fresh Strawberry (semestinya)
3. Dried Rosselle
4. Strawberry Jam
5. Pure Honey
6. Fridge Magnet
7. Keledek ...(hehehe,,, mcm tmpat aku xde keledek je..kalo ikut ati, sayur2an tu pun rasa mcm nak beli...eeee..geram tengok sayur dia yg segar2 belaka)
8. Kaktus (mama mesti geleng kpala kalo nampak aku bwk kaktus blk labuan sok)

benda yg aku takkan lupa:
1. Kesejukan Cameron especially mlm....(mlm tu kami mkn di Nik Ikan Bakar..masa kluar mkn tu, berlaga2 gigi kesejukan)
2. Mkn Strawberry n Chocs cake d Ladang Teh Boh, sambil menghirup Peppermint Boh Tea
3. Jalan yg sempit masa menuju ke Ladang Teh..(nasib baik supir kami terer)
4. Memories sepanjang kami berada di sana...

Semoga...
1. Kami punya satu lg waktu di lain kali untuk bercuti bersama2..
2. Persahabatan kita berkekalan

Kalo ada kesempatan, aku akan upload gmbr2 menarik untuk dikongsi bersama...

Semoga jumpa lg.

Monday, November 23, 2009

Thursday, November 12, 2009

The Greatessssstttt Grandpa ever....Al-Fatihah

7 Nov 2009, 00:54 a.m.... atuk aku (yang ku panggil nenek), Allahyarham Hj. Timbang Bin Hj. Zainal, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Nukleus Labuan, akibat penyakit barah yg dihidapinya, yg menular ke bahagian otak..

3 Nov - Nenek mengalami bleeding yg sgt teruk .. darah kluar dr hidung dan mulut (muntah)tanpa henti spjg mlm.. aku dpt panggilan dr cousin aku dlm kol10mlm, dan ktorg bergegas ke kampung..ktorg (pakcik makcik n cucu2 dia) take turn untuk lap darah yg kluar tak henti2, dilengkapi mask n sarung tgn..ksian nenek..pd mulanya, aku cuba tabahkan diri.. tp tengok keadaan dia, menitik2 air mata aku sambil bersihkan darah yg kluar..spjg mlm ktorg x tido..dan aku rasa sgt takut untuk tido mlm tu..

4 Nov - Aku amek cuti...sbb sgt mengantuk, plus x sedap hati nak pi keje (n this is my last leave that I have...I dun care to save it anymore)...mlm ni aku still tido kt umah makcik aku (dmana nenek aku berada)..actually dia da puas admitted kt hospital, bermula tahun 2006, selama 3 bln di Queen Elizabeth Hospital untuk untuk kemo n everything, time tu nenek menghidap kanser prostat, n masa tu aku tgh wat PSM, dan dlm masa cuti semester sebulan tu, aku spend 3minggu d Hospital Queen Elizabeth,KK, jaga nenek aku..mkn tido kt hospital...seminggu je blk umah kt Labuan...Then tahun ni admitted lg kt Hospital Nukleus Labuan, mata nenek mula membengkak, pd awalnya ingatkan bengkak biasa...after 2 Weeks dia kene discharged..then, a week after, (dlm bln puasa) wat scanning kt SMC KK, dan sungguh mengecewakan bila dpt tahu yg ketumbuhan kt kepala dah berukuran 4cm..(doc kata, 50-50...nak wat kemo pun, umur nenek x sesuai, dan degupan jantung, darah dan sebagainya x mungkin cukup kuat untuk menanggung beban kemo tu)

5 Nov - Nak tak nak, aku kene keje gak..sbb kalo still amek cuti, kire unpaid leave..mlmnye, tido kt umah makcik aku lg..awal2 pg, blk umah mandi tuka baju n gi ofis..

6 Nov - Siangnya, keja cm biasa...apa yg pasti, hati ni mmg rasa x sedap.. balik keje, terus pi hospital ptg tu...sampaila kul9mlm, tunggu pakcik aku lak take turn tok jaga..kalo ikutkan hati aku, nak je stay kt situ...tp mslhnya masa tu aku x mandi n mkn lg..mlm tu, untuk redakan rasa x sedap tu, aku online jap..sampaila kol12 mlm, then masuk tido..tepat pukul 1 pg, mama kejutkan aku..kata nenek dah meninggal dunia...Innalillah...
time tu fikiran aku kosong..aku, adek laki, n adek ppuan aku bergegas ke hospital, mendahului parents aku, naik kete adek aku..masa tu, adek laki aku drive laju gile..aku sempat sound dia..bwk bersabar..parents aku menyusul kemudian, dgn adek bongsu aku..sesampai di hospital, nenek aku dah kaku, muka dia belum ditutup, dgn oksigen masih terlekat kat mulut..Tuhan shj yg tahu betapa sedihnya aku..satu kehilangan yg paling besar setakat ni yg pernah aku hadapi..dan jenazah nenek dibawak balik ke rumah nenek aku (yg da lama x didiami sejak nenek aku dipindahkan ke rumah makcik aku sejak dia sakit)..selama 3bln dia x jejak rumah dia, dan kali ni, dia pulang semula, tp x bernyawa...

7 Nov - dr smlm ktorg baca surah Yasin untuk arwah.. sepanjang aku baca Yasin tu, aku rasa sedih sgt..n x dpt tahan kesedihan.. aku menangis sampai bacaan aku byk kali terganggu n terhenti2..mana x nya, masa baca Yasin tu, semua kenangan ngan arwah nenek semacam ter flashback..adek laki aku yg agak keras tu pun bleh mengalirkan air mata...Arwah memang nenek kesayangan semua cucu2nya..mlm tu, dr mula jenazah diusung kluar dr hospital untuk dibawa ke rumah, sampaila siang harinya, dia dikebumikan, sikit pun aku tak missed setiap proses menguruskan jenazah arwah..mata aku kalo bleh x nak lepas dr tengok arwah..coz i know, i won't hv the chance to see him anymore after this..aku cuma lpskan pandangan apabila aku kena blk rumah untuk mandi n tukar baju kurung je pg tu, tu pun dlm toilet, x henti2 menangis...then balik semula ke rumah nenek, sambung baca Yasin...dan sekali lg, aku nangis..yg buat aku terkilan tu, aku x sempat nak saksikan n berada di samping nenek ketika dia hembuskan nafas terkahir.. apepun, aku puas dpt cium arwah nenek sepuas2nya sebelum muka nenek ditutup..agak lama aku tatap n lap air mata aku sebelum cium nenek (sbb org kata x baik kalo air mata kita kena badan jenezah)..aku puas sbb dpt saksikan semuanya, sampaila saat jenazah dimasukkan ke liang lahad..aku rasa mcm x pcaya je yg nenek da berada di alam yg lain dr kami semua..Semoga roh nenek di tempatkan dalam golongan org2 yg beriman dan beramal soleh, serta rohnya dicucuri rahmat...ameeennn..

Dahulunya... sejauh yg aku sempat dgr crita2 nenek...
- arwah penah jd Roomboy di Shell, Brunei, waktu zaman muda nya
- Then, berkhidmat dgn JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), arwah penah join unit pencegah maksiat, tangkap org x puasa, dan bawak van jenazah..oh ya, van jenazah yg membawa jenazah arwah nenek ke tanah perkuburan tu lah yg selalu dibawa oleh nenek pulang ke rumah masa hidupnya dulu (aku ingat lg, asal aku tdo rumah nenek, n dia bawak blk van tu, ktorg cucu2 dia mesti takut..time tu kecik2 lg)..x sangka, van yg selalu dibawanya tu la yg menghantarnya ke 'sana'...
- nenek juga penah jadi Ketua Kampung hampir 20 tahun (x silap aku) di kampungnya..slalu jd imam di masjid kampungnya, dan selalu menyucikan jenazah...
aku doakan, semoga nenek mendapat 'kredit' dr Tuhan atas jasanya..

Sekarang...
Tiada lagi nenek yg sgt mengambil berat dan prihatin perihal cucu2nya...(aku teringat masa kecik2 dulu ada sekor anjing jilat kaki aku, nenek lah yg carikan tanah untuk samak kaki aku)
Tiada lg nenek yg rajin call aku setiap masa tanya kabar...even aku da stat keja, dia still rajin call, sampaila dia jatuh sakit...(yg ni aku rasa kehilangan sgt2...kdg tu aku tgh meeting pun dia call, tp aku xleh jawab)
Tiada lg nenek yg rajin bercerita, dan bg nasihat, yg biasanye disertakan dgn dalil2 dan nas2..
Tiada lg nenek yg suka call masa bulan puasa untuk tanya da sahur ke belum, puasa ke tak..
Tiada lg nenek yg selalu mendoakan cucu2nya ... (dulu masa aku nganggur, nenek sorg je yg fhm prasaan aku, n selalu doakan semoga aku dpt keja..dia slalu call untuk update status aku, itvew lulus ke x...n everything...how sweet he is...)

Yg tinggal...
Nasihat2 berguna yg diberikan oleh nenek...
Gambar2 kenangan...
Kasih sayang nenek yg masih dirasai smpai skrg..
dan...cucu2 yg mewarisi satu sifat nenek (yg aku rasa 1 kampung & 1 JAWI tau) iaitu...Pandu kereta laju2 ;)
(sampaikan Ustaz Hanifah, colleague nenek 1 ketika dulu, kata.."Hmm...kalo nampak kete Charmant putih laju kt jalan raya, die lah tu..." ('dia' merujuk kpd nenek aku)..)

Semoga roh nenek tenang di alam sana...Al-Fatihah...


Thursday, November 5, 2009

Fossil


It's damn cool..and I dream of it..

Wednesday, October 28, 2009

~~~ Untitled


Something bothering my mind, which suddenly left me feeling sad n empty... huhu... I nearly fall into tears.. (dewi... pinjam bahu...sob2)
It seems like i'm gonna lost something i've used to... but somehow i'm happy for it.. i am sad, but i am grateful too.. It's just that..., i'll miss it ..

I'm gonna sleep afterwards, n by the time I wake up tomorrow, hopefully this feeling will disappear...... =(


Sunday, October 25, 2009

Once Upon a Time On Top of Mt. Kinabalu...



Uih, da lama x update blog... tp hari ni rasa terpanggil untuk letak beberapa gambar yg aku tetiba belek siang tadi, dlm blog ni... Plus, tetiba teringat msg Dewi the other day, ajak pi naik Mount Kinabalu..


Dewi, u shud see these photos! I believe, u'll be 'triggerred'...haha...

(malangnya aku da lupa bila aku naik Mt. Kinabalu dulu...rasa2 sekitar tahun 2004 or 2005 kot)

DAY 1

Tengokla gunung (kt belakang) yg bakal dinaiki ketika itu.. ni baru sampai Kinabalu Park, untuk registration nih...blom lg mendaki..lpas ni, kene naik bas, pi Pondok Timpohon..(the main entrance of the Highest Mountain di Asia Tenggara)..Lbh krg 5km..


Haa..kt sini da nak stat da..Pondok Timpohon..ni segar lg nih..cuak jgkla time ni...takut tak sampai2, ataupun tak turun2...perjalanan masih jauh lg ni...haha
tp isi kt beg belakang tu mau tau...ada beberapa chocs bar dibawa sebagai bekalan..juga biskut dan air..

Ni la group kampung yg aku join untuk trip kali ni..cuba tengok makcik yg paling kanan tu...dia tu pangkat nenek tau...cayala nek...

On the way....(leh senyum lg nih....)



da stat hujan renyai2...


amek nafas jap... time nih, pantang nampak batu yg sedap2 sket, sure landing punggung..muka da stat kencang..haha

di pertengahan gunung, sempat jumpa ngan students UPSI...dorang tgh join BTN..

Dari Pondok Timpohon, kami kena sampai di Laban Rata, untuk bermalam d sana, sebelum memulakan pendakian sebenar keesokan paginya...Laban Rata lbh krg 6km dr Pondok Timpohon..kira2 6 jam perjalanan la...(tp untuk aku, 7-8jam gak la baru sampai...haha..org lain da siap tido, minum2 kt Laban Rata)...dari kul 9pg aku btolak dr Timpohon, kul 4 ptg baru sampai Laban Rata..sesampai kt atas, bapak aku geleng kapla..(time baru stat td, bkn main eksyen dpn skali)..haha

DAY 2

Masa ni kami sedang berada di ketinggian 3/4 gunung...dan kami bangun keesokan paginya untuk teruskan pendaikian yg lg 1/4 tu..

Kul 1.30pg, minum milo panas dan sarapan ala kadar untuk tenaga semasa mendaki...aku x bawak byk brg pun mcm hari sblmnya, sbb guide tu ckp, bila da nak sampai atas nanti, kita rasa mcm nak buang je suma benda di tangan...sbb terlampau kepenatan)


Yeahhh...akhirnya....! sapa kata aku x leh sampai? cuma ada rugi sketla...i failed to watch the amazing and beautiful sunrise secara live.....warrrggggh....tula, LAMBAT! Cuba tengok nenek yg pakai scarf kt atas tu (nenek yg aku mention kt gambar sblm ni)..aku salute toing2x kt dia...dia laki bini pi potong aku tau masa da nak sampai puncak tu...perggghhh, tercabar siot tenaga muda aku ni...Malu je!

aku tak sangka aku leh sampai...sbb aku da hampir give up masa kt Check Point Gunting Lagadan..time tu mmg ada personnel yg amek nombor kita, sign kt guestbook, n diberi pilihan, nak teruskan atau tak.. nasib baik le bapak aku ni setia menunggu...tp aku tengok muka dia pun da tension, dgn dia yg kepenatan, dan anak dia yg lembik sgt...


Ini adalah salah satu peak yg ada kt puncak Gunung Kinabalu...aku x ingat nama dia..dia ada byk peak..dan dari pengamatan aku, suma peak ni mcm one family...nama dia pun nama org...tp aku ingat...masa kt atas, aku langsung takde perasaan nak amek tau itu ini...yg penting, the highest peak sudah ku tawan!...hahaha..jgnkan nak explore tmpat lain, nak amek gambar pun takde mood...sbb sejuk gile! dan kalo bleh x nak bukak leather glove yg aku pakai semata2 nak amek gambar..dan sekali lg, nasib baiklah bapak aku ada, dia yg kuat smangat nak amek gambar..kalo aku sorg lah, mmg tak bergambar lah aku...aku kalah ngan sejuk!

apa2pun, aku leh berlagak la ngan bapak aku...time turun, dia memang kalah...(mungkin faktor berat)..wahahah...senang gile turun...aku x brek langsung...dan takdela nak duduk2 kt batu, mcm time naik td...tp actually, turun lah yg menyebabkan kaki kebanyakan pendaki jadi sakit..aku rase takde sorg pun yg leh berjalan dengan sempurna sesampainya di bawah...hahaha...suma kengkang...

huhhh....tetiba rasa nak naik lagi.......(aku ingat lg, sampai je kt bawah, aku terus ckp, ni lah 1st n last, skali naik cukuplah...x nak lg da...)...

agak2, aku naik lg tak????